Wednesday, December 15, 2010

Puisi Cinta

 Jangan pernah sesekali kamu melarikan diri dari "CINTA" apabila ia berada di depan matamu..
Kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan menyesali kerana melepaskan cinta itu pergi..

Cinta bukan mengajar kita lemah..
Tetapi membangkitkan kekuatan..

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri..
Tetapi Menghembuskan kegagahan..

Cinta bukan melemahkan kita..
Tetapi cinta membangkitkan semangat..


Cinta..

Cinta adalah ketika kamu menitiskan airmata..
Tetapi masih peduli terhadapnya..


Cinta adalah ketika dia tidak memperdulikanmu..
Dan kamu masih menunggunya dengan setia..

Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain..
Dan kamu masih bisa tersenyum dan berdoa untuk kebahagiaan dirinya dan berkata :
"AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUKMU.."

Buih-Buih Kerinduan..


Di sepi malam..
Dalam kerdipan bintang-bintang..
Kerinduan makin membungkam jiwa..

Di saat-saat begini,
Masa seolah-olah tidak berganjak..
Kehadiran cintamu telah menyinari hidupku..
Keluhuran hatimu mengubati sepiku..
Memberi aku ketenangan untuk bersedia menghadapi rintangan..

Duhai yang dirindui..
Walau kita berjauhan..
Ku pasti akan berdoa agar engkau sentiasa selamat dan dirahmati ilahi..
Moga tersulam rindu yang bersemi..

Buatmu sayang..
Ku curah kasih suci..
Moga kau mengerti..
Harapanku hanyalah kesetiaan dan kasih sayang sejati darimu..
Mengikat kasih cinta abadi..

Sayangku..

Di saat aku meniti waktu,
Aku sering dibuai nostalgia tika kita bersama dulu..

Ada seketikanya..
Lamunan terusik sendiri..
Mengimbau kisah perkenalan kita..
Mengikat janji setia,
Agar dapat terus bersama..

Lantaran,
Perasaanku sering tersentuh seketika..
Perhubungan yang ku anggap luhur ini rupanya telah banyak merubah kehidupanku..
Menjadikan aku lebih dewasa,
Ke arah keredhaan ilahi..

Harapanku hanyalah satu,
Semoga kejujuran dan keikhlasan yang menyimpul ikatan ini,
tidak akan pernah terurai..
Walau selangit rintangan yang menusuk rantai cinta kita..

Cinta Tiada Akhirnya..


Direntap kasih jiwa ini,
Sinar mata menusuk hati,
Tak terlepas dek Sanubari,
Takkan terungkai ikatan sejati..

Namun, kesempurnaan masih bertatih,
Gelombang jiwa musykil angkara,
Rasukan nista adat dunia,
Menerobos rakus di ruang minda,
Resah dan gundah mencalar rencana..
Dan.. Terus ku tatap rindu..

Ku gagahi setiap gelagat,
Ku pohon doa kurniaan iradat,
Ku tetapkan hati lorongan kudrat,
Kasihmu ku paut ku genggam erat..
Kini.. Resah menghilang,
Rindu yang mendatang..

Persada cinta seteguh dunia,
Resapan Bayu ucapan rindu,
Kasih membara sinaran Mutiara,
Ku yakini dirimu bernafas..
Cintaku, ku rela..
Kerana..
CINTA TIADA AKHIRNYA..

Jika Aku Jatuh Hati

Ya Allah,
Jika Aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu..

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihmu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh kedalam perjalanan panjang yang berliku yang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah,
Jika Kau menghalalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta yang hakiki dan rindu abadi hanya padaMu..
Amin Ya rabbal A'lamin....


Doaku semoga kita sama-sama berjaya mengharungi rintangan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang....

Badai Ombak Rindumu..


Mengapa mendung kian kelabu,
Hati ini kian terusik dilambung ombak rindumu..


Dikala mendung sepi ini datang,
Aku terkapai-kapai mencari kasih sayangmu..

Ketika ini aku sangat memerlukanmu,
Aku rindu pada kehangatan cintamu yang bisa melenturkan keegoanku..

Aku terlalu dahagakan kasih sayangmu itu,
Mengapa kau datang dan pergi begitu saja?
Masih belum sempat terubat rinduku padamu..

Andai kau bukan milikku,
Aku rela melepaskan dirimu..
Biarlah diriku menanggung siksa..
Kerna aku.. Merindui kasihku..


Andai aku bisa,
Ingin saja aku melupakan dirimu..
Akan tetapi,
Aku tak mampu melawan rasa ini..

Suaramu.. Gelak tawamu..
Masih terngiang-ngiang di telingaku..
Masih tersemat dalam hatiku..
Mengapa dikau sanggup mendustai cinta kita?
Tegarnya engkau membiarkan aku derita tanpa kasihmu..

Kembalilah padaku sayang !!
Hanya engkau satu-satunya cinta hatiku hingga ke akhir waktu..

Memadailah Kematian Sebagai Satu Nasihat

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;

tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.

Kematian merupakan penentuan segalanya;

segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.

Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;

dan boleh pula menjadi lubang neraka.

Jika ia baik, maka setelahnya itu

adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.

Jika ia jahat, maka setelahnya itu;

adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.

Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;

tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.


================================

Apabila Sufyan al-Tsauri duduk beramai-ramai bersama rakan-rakannya
di suatu majlis, dia hanya duduk sekejap sambil membaca tasbih dan
kemudian terus berdiri.

Rakan di sekelilingnya hairan sehingga mereka bertanya : “Kenapa
dengan dirimu Abu Sa’id?”

Ia menjawab : “Demi Allah, aku baru sahaja teringat akan kematian.”


Anak muda sudahpun beruban

Dan orang tua telahpun binasa

Waktu pagi dan waktu petang

Datang silih berganti.

Malam yang usang itu digantikan dengan siang

Dan generasi baru pun berdatangan

Kita pergi dan pulang kerana keperluan hidup

Padahal keperluan orang yang hidup itu tak putus-putusnya

Setiap keperluan mati bersamaan

Dengan kematian pemiliknya

Keperluan yang tetap hidup hanyalah amal soleh dan kebajikan…

Oleh itu Adz-Zahabi berkata : “Sufyan al-Tsauri mati kerana dia
mengingati kematian, sehingga merosak denyutan darah dalam jantungnya.
Ketika itu dia dibawa kepada seorang doktor, doktor itu berkata “Orang
ini tidak akan hidup lebih dari tiga hari lagi.”, kerana jantungnya
sudah tidak bergerak tidak seperti biasanya.”

Sufyan al-Tsauri pernah membaca surah at-Takastur pada suatu malam,
lalu mengulang-ulangi sampai waktu paginya sambil menangis. Keluarga dan
tetangganya juga ikut menangis kerana mendengar tangisannya itu.
Mengapakah sampai demikian? Sebab dia menghayati betul-betul maksud ayat
yang dibacanya dan meyakini benar akan hari Akhirat. Allah SWT telah
berfirman :

“Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan
pengetahuan yang yakin.” (at-Takastur : 5)

Kata-Kata Binasa !

Saudara....aku dihina...aku dicaci.....aku diperlekehkan.....dan aku dipersenda.....
Saudara...bukanlah aku tidak mampu membalasnya....
bukanlah aku tidak mampu mencacinya.....
bukanlah aku tidak mampu menghinanya.....
bukanlah aku tidak mampu....
tetapi....
tuhanku melarang....
rasul ikutanku mencegah......
sesungguhnya aku cuba sedaya upaya mentaati.....
sungguh! aku takut kepada Pencipta ku.....
sungguh! aku ingin mencontohi rasul ikutan ku.....

kerna itu aku berdiam diri....berbentengkan kesabaran dan iman...
kerna kau saudaraku.....moga Allah memberi petunjuk kepada aku dan kamu....

ingatlah....siapa takbur...pasti lebur....

Amanat !


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad.
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH

award sayer :)

create your own banner at mid fashion shop!

Lurve This Song :)