Monday, January 31, 2011

31 Januari 2011 ..





Assalamualaikum pembuka bicara ..
chewahhh .. hehehe ..
actually, sayer ade dapat feedback dari a few stalker blog sayer neyh ..
wahaha .. kantoi suda ~ huhu ..
dowg request why not if sayer pelbagaikn blog neyh .. contoh ??
hahaha ..
after couples of day fikir punyer fikir ,
then sayer da dapat final desicion .. :)
sayer akan pelbagaikan blog neyh ..
takkan asyik nk wat poems n puisi jew kn ..
jiwang memanjang ~ hikhikhik ..
tp puisi and poems tetap akan ade lorr ..
kena tunggu ihlam mari dulu ..
hurmm .. so after this blog neyh akan berubah perhaps dari segi content genre ajer kot ..
hee .. nope really sure .. just wait and see lorr ..
huhuhuhu .. thanks to all my stalkers and visitors ..
keep in touch oke .. mmmuuuaahh .. :))

Saturday, January 22, 2011


i asked you if i was PRETTY ?
you said NO ..
i asked you if i was FAT ?
you said YES OF COURSE ..
i asked you if you if you WANT to be with me forever ? 
you said NO ..
i asked you if you would CRY if i walked away ?
you said NO ..
i had heard to much , and need to leave ,
and i was walked away ...
Suddenly , you grab my arm and told me to stay ..
You said ..
Your not PRETTY ,
but your BEAUTIFUL ..
The only thing FAT or BIG ,
about you is your HEART ..
I don't WANT to be with you forever because ,
I NEED to be with you forever ..
And baby ,
i wouldn't CRY if you walked away ..
I would DIE ....

And 9 Quote ..



Your work is going to fill a large part of your life ,
and the only way to be truly ,
satisfied is to do what you believe is great work .
And the only way to do great work is to love what you do .
If you haven't found it yet , keep looking , and don't settle .
As with all matters of the heart ,
you will know when you find it ..

Favourite Love Qoute .. :))






Friday, January 21, 2011

Maksud Warna Bunga Dan Jumlah Kuntuman Bunga..

:: BIRU ::
- Menenangkan kerisauan
- Simbol keamanan
- Keterbukaan
- Kedamaian
-‘penawar’ kepada rasa bimbang

:: MERAH JAMBU ::
- Lambang gemalai
- Kesantunan
- Kegembiraan
- Keremajaan
- Kesucian
- Kegirangan

:: UNGU ::
- Simbol kehormatan
- Kebanggaan
- Kejayaan
- Kesempurnaan
- Rasa kagum

:: MERAH ::
- Kekuatan
- Keinginan
- Cinta yang teguh
- Kecantikan
 - Keberanian
- Tidak mudah menyerah
 
:: PUTIH ::
- Kesucian
- Keluhuran
- Kesederhanaan
- Sanjungan
- Kecantikan yang bersahaja
- Kesegaran
- Kesantunan
- Keanggunan

:: KUNING ::
- Simbol diraja
- Gembira
- Keselesaan
- Persahabatan
- Permulaan yang baru
 
:: OREN / JINGGA ::
- Tidak kenal erti malu
- Keyakinan 
- Bangga
- Kekuatan
- Kegembiraan
- Keramahan
- Kepuasan
- Keghairahan dalam hidup.

:: HIJAU ::
- Sinonim dengan alam semula jadi
- Kesihatan
- Daya lenting
- Ketabahan
- Tuah
- Keremajaan
- Optimis
- Pembaharuan

:: LAVENDER ::
- Feminine
- Kehalusan 
- Gemalai 
- Keanggunan 

JUMLAH BUNGA & MAKSUDNYA

1 kuntum :: Cinta pandang pertama
2 kuntum :: Menunggu jawapan cinta
3 kuntum :: ‘I Love You’
9 kuntum :: Cinta yang berkekalan
10 kuntum :: Pasangan 2 sejoli
11 kuntum :: ‘Aku memujamu’
12 kuntum :: Cinta dari hati
20 kuntum :: Cinta selamanya
21 kuntum :: Kau yang teristimewa
22 kuntum :: Saling mencintai
36 kuntum :: Ku milikmu
99 kuntum :: Cinta hingga hujung nyawa
100 kuntum :: Cinta abadi
101 kuntum :: ‘Will u marry me?’
365 kuntum :: Cintamu setiap hari
1001 kuntum :: Cinta tiada akhirnya

Kenali Perwatakan Disebalik Pemilihan Rona Warna ..

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan terdapat 3 warna primer :
 

1. MERAH   
2. KUNING 
3. BIRU




Gambar tak jelas , A - Warna Utama / Premier , B - Warna Kedua / Sekunder , C -Warna Ketiga / Tertier






Warna sejuk:
Biru, Hijau, Ungu, Firus dan Perak adalah warna-warna sejuk. Warna-warna sejuk cenderung berpengaruh memberikan perasaan tenang bagi yang melihatnya. Meskipun digunakan sendiri, warna-warna ini bisa mempunyai rasa dingin atau impersonal, oleh sebab itu memilih warna-warna sejuk, mungkin bijaksana untuk menambahkan warna dari kelompok lain untuk menghindari ini.


Warna Panas :
Merah, merah muda, kuning, orange, warna ungu, dan emas adalah warna hangat. Warna hangat cenderung mempunyai suatu efek kegairahan bagi yang melihatnya. Bagaimanapun ketika warna ini digunakan sendiri dapat menstimulasi, membangitkan emosi kekerasan/kehebatan dan kemarahan. Ketika memilih nada hangat, menambahkan warna dari kelompok yang lain akan membantu ke arah menyeimbangkan ini.


Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai watak atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.


Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.


  • MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah, mempercepatkan pernafasan dan menyediakan sumber energi. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :Warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyian, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan. Merah Jambu melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.
  • HIJAU
Warna ini adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan. Warna hijau melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

  • KUNING
Warna ini adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma. Kuning melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.


1. Kuning Terang :Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

  • BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1.
Biru Tua :Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.


2. Biru Muda :Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

  • KELABU & HITAM
1. KELABU : Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian. Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

2.
HITAM : Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia. Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

  • COKLAT & UNGU
1. COKLAT :Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

-
Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.


2. UNGU :Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

-
Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.




  • OREN
Warna oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.





- Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
  • PERAK
Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif.

Rahsia Disebalik Cara Wanita Berjalan ..



1.   Jika berjalan dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2.   Jika berjalan sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


 4.   Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5.   Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6.   Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7.   Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Kebenarannya , Wallahua'lam..

Kombinasi Pasangan .. ++ =





SULUNG+SULUNG / TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. masalah yang dihadapi oleh pasangan ni biasanya berkisarkan daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara..

saranan untuk pasangan seperti ini..
berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bhagia. kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.,
jangan suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu pekara. contoh , perkara yang sebelum berlaku, tetapi anda sudah menentukan "ia pasti berlaku". sikap ini menjurus menjadikan anda seorang yang keras dan bukan hanya pada diri sendiri malah pada pasangan anda juga. ini merupakan sifat yang tidak baik kerana kita perlu ingat bahawa setiap pasangan menginginkan kelembutan dan bukannya kekerasan.

definisikan peranan masing-masing dengan jelas untuk mengelak daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu..berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing-masing.
hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapatinya.
dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda.belajarlah untuk berkata "cara kamu juga baik.apa kata kita cuba dulu cara yang kamu sarankan ini:..










SULUNG+TENGAH = PARADOKS

anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan. fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah "paradoks" (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. sebagai anak yang memiliki akak atau abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

saranan untuk pasangan ini:-
selalulah berbincang dan jangan biarkan pasangan anda berkata "semuanya ok" tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.

buat lah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. khususnya bagi anak sulung , beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
jika ada masalah, selesaikan dengan segera.tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.








SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA


pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain.
anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup. dan rancangan masa depan.
sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup.
sebaiknya ialah, isteri adalah anak sulung sementara suami bongsu. wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. sementara lelaki bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. dalam hal ini, mereka saling melengkapi. namun perlu diingatkan kebahagiakan dalam perkahwinan bukan "dilahirkan" tetapi "diciptakan".

saranan untuk pasangan ini :-
jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. terutamanya jika pasangan anda lelaki.berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.








TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU


kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan. dan sering takut jika idea tidak diterima.

saranan untuk pasangan ini:-
-cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan seperti surat, kad atau sms jika sukar bercakap.
-bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
-luaskan pergaulan. bergaul dengan rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga.
-elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara negatif.
-sentiasa menghormati pasangan.











TENGAH+BONGSU = AMAN


seorang pasif dan seorang lagi sosial. satu kombinasi yang baik dalam segala aspek.

saranan untuk pasangan ini :-
jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun idea yang dikemukakan kedengaran pelik dan lucu.dengar dan fikirkan.
sesekali cuba idea idea baru yang boleh memeriahkan dan menghangatkan perhubungan.
berusaha untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda, berusaha untuk berkongsi dalam segala hal.
jangan menangis atau ketawa sendirian,...berkongsilah.











BONGSU+BONGSU = KELAM KABUT






kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat yang lain.kerana itu sejak dari awal lagi, mereka hendak lah duduk bersama dan berbincang tentang hak dan kewajiban masing-masing untuk mencapai kesepakatan dalam mendisiplin dalam rumah tangga.

saranan untuk pasangan ini:-
- jangan suka bertikam lidah.
-jadi pendengar setia untuk pasangan
-sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah.
-sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling mengingati agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
-jangan memulakan pertengkaran sebaliknya menghindarinya sentiasa..
-hadapi segala apa yang mendatang dengan tenang .pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.

Perfect Match ..


Find a guy who calls you beautiful of instead of hot ,
who calls you back when you hang up on him ,
who will lie under the stars and listen to your heartbeat ,
or will stay awake just to watch you sleep ...

Wait the boy who kisses your forehead ,
who wants to show you off to the world when you are in sweats ,
who holds your hand in front of his friends ,

who thinks you're just a pretty without make up on ,
One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU ..
The one who turns to his friends and says , thats her ....

Tuesday, January 18, 2011

Striving Love ..



 ♥  The magic of first true love is as painful when it's over,
but  do you know the sweetest part of it?
It's when you learn to cry, to let go, to be strong
and to be wise..
and when you love again, you'll know how to keep it.
this time longer.
or even
forever.


♥  Someday, we'll forgot the pains, who caused the tears
and why we cried,
we would finally realize that the secret of being free is not
revenge but letting things unfold in their ways and 
that life is simply a blank book.
After all, what matters is not the 1st but the last chapter
which shows how well we ran the race.
so smile, laugh forgive and love over and over again 
keep dreaming, keep loving!!


♥  If you want happiness don't walk together with your past..
it maybe unforgettable but the reality is,
past is just a lesson.


♥  No one could actually say that you deserve better
coz the best thing that you deserve will always be
your choice


♥  Sometimes you'll never know the value of a moment
until it becomes a memory


♥  Before you comfort someone who had been hurt 
know the story behind
coz sometimes
they deserve what they got


♥  Erasing someone in your mind is easy,
nut removing someone in your heart is another story


♥  Letting go of someone you really love can be the biggest mistake in your life,
remember: Once you pour a glass of water in the ocean,
you'll never get the same water again


♥  There's no problem in choosing
the problem is how you handle the consequence
of your choice


♥ When the heart is willing to love,
it will find thousand ways,
but id the heart is unwilling
it will find a thousand of excuses


♥  There are things you can't see but you choose to believe
reasons you have but you can't explain
mistakes u can't bring yourself to regret
and a love so questionable but you still choose to fight for


♥  Sometimes loving could really be so painful and difficult
but its amazing to know that 
no matter how hard it is
loving someone is still the simplest reason
why you always find yourself complete

award sayer :)

create your own banner at mid fashion shop!

Lurve This Song :)