Wednesday, December 15, 2010

Memadailah Kematian Sebagai Satu Nasihat

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;

tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.

Kematian merupakan penentuan segalanya;

segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.

Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;

dan boleh pula menjadi lubang neraka.

Jika ia baik, maka setelahnya itu

adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.

Jika ia jahat, maka setelahnya itu;

adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.

Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;

tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.


================================

Apabila Sufyan al-Tsauri duduk beramai-ramai bersama rakan-rakannya
di suatu majlis, dia hanya duduk sekejap sambil membaca tasbih dan
kemudian terus berdiri.

Rakan di sekelilingnya hairan sehingga mereka bertanya : “Kenapa
dengan dirimu Abu Sa’id?”

Ia menjawab : “Demi Allah, aku baru sahaja teringat akan kematian.”


Anak muda sudahpun beruban

Dan orang tua telahpun binasa

Waktu pagi dan waktu petang

Datang silih berganti.

Malam yang usang itu digantikan dengan siang

Dan generasi baru pun berdatangan

Kita pergi dan pulang kerana keperluan hidup

Padahal keperluan orang yang hidup itu tak putus-putusnya

Setiap keperluan mati bersamaan

Dengan kematian pemiliknya

Keperluan yang tetap hidup hanyalah amal soleh dan kebajikan…

Oleh itu Adz-Zahabi berkata : “Sufyan al-Tsauri mati kerana dia
mengingati kematian, sehingga merosak denyutan darah dalam jantungnya.
Ketika itu dia dibawa kepada seorang doktor, doktor itu berkata “Orang
ini tidak akan hidup lebih dari tiga hari lagi.”, kerana jantungnya
sudah tidak bergerak tidak seperti biasanya.”

Sufyan al-Tsauri pernah membaca surah at-Takastur pada suatu malam,
lalu mengulang-ulangi sampai waktu paginya sambil menangis. Keluarga dan
tetangganya juga ikut menangis kerana mendengar tangisannya itu.
Mengapakah sampai demikian? Sebab dia menghayati betul-betul maksud ayat
yang dibacanya dan meyakini benar akan hari Akhirat. Allah SWT telah
berfirman :

“Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan
pengetahuan yang yakin.” (at-Takastur : 5)

No comments:

Post a Comment

award sayer :)

create your own banner at mid fashion shop!

Lurve This Song :)