Friday, January 21, 2011

Kombinasi Pasangan .. ++ =





SULUNG+SULUNG / TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. masalah yang dihadapi oleh pasangan ni biasanya berkisarkan daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara..

saranan untuk pasangan seperti ini..
berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bhagia. kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.,
jangan suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu pekara. contoh , perkara yang sebelum berlaku, tetapi anda sudah menentukan "ia pasti berlaku". sikap ini menjurus menjadikan anda seorang yang keras dan bukan hanya pada diri sendiri malah pada pasangan anda juga. ini merupakan sifat yang tidak baik kerana kita perlu ingat bahawa setiap pasangan menginginkan kelembutan dan bukannya kekerasan.

definisikan peranan masing-masing dengan jelas untuk mengelak daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu..berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing-masing.
hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapatinya.
dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda.belajarlah untuk berkata "cara kamu juga baik.apa kata kita cuba dulu cara yang kamu sarankan ini:..










SULUNG+TENGAH = PARADOKS

anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan. fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah "paradoks" (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. sebagai anak yang memiliki akak atau abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

saranan untuk pasangan ini:-
selalulah berbincang dan jangan biarkan pasangan anda berkata "semuanya ok" tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.

buat lah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. khususnya bagi anak sulung , beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
jika ada masalah, selesaikan dengan segera.tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.








SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA


pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain.
anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup. dan rancangan masa depan.
sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup.
sebaiknya ialah, isteri adalah anak sulung sementara suami bongsu. wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. sementara lelaki bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. dalam hal ini, mereka saling melengkapi. namun perlu diingatkan kebahagiakan dalam perkahwinan bukan "dilahirkan" tetapi "diciptakan".

saranan untuk pasangan ini :-
jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. terutamanya jika pasangan anda lelaki.berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.








TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU


kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan. dan sering takut jika idea tidak diterima.

saranan untuk pasangan ini:-
-cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan seperti surat, kad atau sms jika sukar bercakap.
-bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
-luaskan pergaulan. bergaul dengan rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga.
-elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara negatif.
-sentiasa menghormati pasangan.











TENGAH+BONGSU = AMAN


seorang pasif dan seorang lagi sosial. satu kombinasi yang baik dalam segala aspek.

saranan untuk pasangan ini :-
jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun idea yang dikemukakan kedengaran pelik dan lucu.dengar dan fikirkan.
sesekali cuba idea idea baru yang boleh memeriahkan dan menghangatkan perhubungan.
berusaha untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda, berusaha untuk berkongsi dalam segala hal.
jangan menangis atau ketawa sendirian,...berkongsilah.











BONGSU+BONGSU = KELAM KABUT






kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat yang lain.kerana itu sejak dari awal lagi, mereka hendak lah duduk bersama dan berbincang tentang hak dan kewajiban masing-masing untuk mencapai kesepakatan dalam mendisiplin dalam rumah tangga.

saranan untuk pasangan ini:-
- jangan suka bertikam lidah.
-jadi pendengar setia untuk pasangan
-sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah.
-sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling mengingati agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
-jangan memulakan pertengkaran sebaliknya menghindarinya sentiasa..
-hadapi segala apa yang mendatang dengan tenang .pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.

2 comments:

award sayer :)

create your own banner at mid fashion shop!

Lurve This Song :)