Friday, December 31, 2010

PENANTIAN SELEPAS 16 TAHUN..


Alamak ! Pic xclear ~ hurm :(


Sekalung tahniah buat pasukan HARIMAU MALAYA yang telah menjadi juara buat kali pertama pada tahun 2010 ini . Sebagai rakyat Malaysia aku sangat berbangga atas kejayaan HARIMAU MALAYA menewaskan pasukan GARUDA (Indonesia) dengan aggregat 4-2 walaupun tewas di gelanggang pihak lawan, MALAYSIA 1-2 INDONESIA .

Walau bagaimanapun, berbekalkan 3 gol yang di menangi semasa perlawanan di Bukit Jalil, HARIMAU MALAYA telah di nobatkan sebagai JUARA PIALA SUZUKI AFF di serantau ASEAN . Safee Sali telah menerima anugerah kasut emas kerana menjaringkan 5 gol yang membuka peluang untuk Malaysia berentap sehingga ke peringkat akhir.

Kecermerlangan yang ditunjukkan oleh gol keeper Malaysia iaitu Khairul Fahmi sangat membanggakan Malaysia kerana menunjukkan aksi cemerlang sepanjang PIALA SUZUKI AFF ini berlangsung . Tahniah sekali lagi buat K. RAJA GOPAL dan SELURUH TENAGA KERJA yang terlibat dalam melatih dan mendisiplinkan pemain Malaysia .

Walaupun terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan oleh salah sorang pemain Malaysia yang menanduk bola ke gawang sendiri menyebabkan GARUDA Indonesia mendapat gol yang kedua, namun Malaysia tetap layak untuk menjadi JUARA ASEAN atas kecekapan dan kemerlangan yang di tunjukkan sepanjang perlawanan ini berlangsung...

Love HARIMAU MALAYA forever :) hehehe ..


Ehe . ney favourite player aku :) <3 khairul fahmi . huhuhuhuhu .
Dua-dua aku punya tau ! hehehe . Berangan jap :P

2 comments:

award sayer :)

create your own banner at mid fashion shop!

Lurve This Song :)