Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku?
Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah
S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku
sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan
sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku
denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku
dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.
Sayangku,
Sesungguhnya aku amat
tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku
berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan
mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak
memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad
ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk
menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa
bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu.
Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.
Kekasihku,
Aku ingin sentiasa
membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan
besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin
untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar
dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.
Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia
lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku,
aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah
menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku
ini..
Hanya satu pesananku. Jika
kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa
yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana
Allah..
No comments:
Post a Comment