Takut – ini adalah satu
perkataan yang hampir tidak ada dalam kamus orang yang berjaya. Takut ini boleh
muncul dalam banyak keadaan, sebagai alasan ataupun sebagai sebab untuk
mengelak dari melakukan sesuatu yang tidak biasa kita lakukan.
Ramai mungkin tidak sedar, ketakutan yang sebenar adalah jauh jauh jauh lebih kecil
daripada realiti sebenar.
Contohnya, saya sendiri
mempunyai kebodohan ini suatu masa dahulu. Sewaktu saya diminta untuk berucap
di hadapan orang ramai. Saya mula membayangkan ketakutan yang menghantui saya.
Pada mulanya ia hanya
kerana saya tidak tahu bercakap, kemudian otak mula memproses ketakutan ini.
Saya mula melihat saya berucap di hadapan orang ramai, dan tiba-tiba ada orang
bangun dan tidak puas hati dengan apa yang saya cakap, kemudian ada orang lain
mula membantah, kemudian ada orang yang membaling telur busuk tepat ke muka
saya, dan kemudian ada orang membaling kerusi dan beredar dari dewan tempat
saya berucap dan kemudian fantasi ini berterusan sehingga saya akhirnya saya
menjadi lebih takut.
Namun dalam realiti
sebenar, tidak ada apa yang pernah berlaku sebegini. Saya bernasib baik kerana saya melihat ramai orang suka apabila
saya berucap. Saya memberi ucapan dalam kursus saya dari pagi hingga ke petang,
semua orang tekun mendengar sambil mengambil nota dan ramai yang memuji juga.
Ini memberi motivasi kepada
saya. Apabila saya melihat kembali mengingati situasi lima (5) tahun yang
lepas, saya mula sedar, bahawa kebodohan saya pada waktu itu tiada asas
langsung lagi pula kita dalam masyarakat yang beradap sopan. Tidak mungkin ada
orang akan melakukan seperti yang saya bayangkan. Paling kuat pun, orang akan
berbisik kepada kita tentang kesalahan yang kita lakukan. Biasanya, ini pun
tidak.
Contoh yang kedua pula,
katakan anda seorang peniaga yang baru membuka sebuah kedai dan anda tidak
mempunyai lesen perniagaan.
Orang yang takut akan mula membayangkan ada penguatkuasa SSM akan
menyerbu kedainya, kemudian mereka akan menyita semua barangan dalam kedai itu,
kemudian mereka akan mengari dan membawanya ke lokap, kemudian keluar dalam
muka depan surat khabar "Peniaga
Tanpa Lesen Ditahan", kemudian semua
kawan-kawan akan mencemuh, keluarga akan mengasingkan diri, setiap orang di
jalanan akan meludah sewaktu melihat anda...
Namun realiti adalah jauh
berbeza. Kebarangkalian anda didatangi penguatkuasa SSM adalah sangat-sangat
kecil. Mereka ada lebih banyak kerja untuk dibuat daripada menanggap budu kecil
yang baru mula berniaga seperti anda.
Sekiranya mereka datang
sekalipun, mereka hanya akan memberi amaran biasa kepada anda dengan menyatakan
prosedur-prosedur yang perlu dilakukan.
Jadi realiti tidaklah
seperti yang anda bayangkan seperti sebelum ini. Nyata realiti hanya 0.00001 %
dari apa yang anda bayangkan.
Orang yang berjaya
mengatasi ketakutan ini adalah samada orang yang berjaya dalam pelbagai bidang
ataupun pencuri dan perompak. Dua golongan ini berjaya
mengatasi ketakutan yang ada dan mereka mampu lakukan sesuatu yang luar biasa.
Anda tidak perlu menjadi perompak atau pencuri untuk menjadi insan
luar biasa. Sekadar menjadi orang yang tidak
takut adalah wajib untuk anda berjaya. Namun sekiranya anda tidak
mengatasi masalah ini. Anda
Tidak Akan Berjaya.
Jadi sentiasa ingat, ketakutan
sebenar adalah jauh lebih kecil daripada ketakutan yang anda bina dalam minda
anda.
Jadi berhentilah memberi
alasan, mulakan apa yang ingin anda buat dalam apa bidang sekalipun. Mulakan
tanpa rasa takut.

No comments:
Post a Comment