Tapi, mengapa kita terlalu
sibuk memikirkannya?
Adakala setiap
masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal
ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh
dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum
mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa
kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah
ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada
perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk
menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara
yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi
indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu
ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan
sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada
pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada
kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang
sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di
tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka
lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga
tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah!
Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan
terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan
satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah
tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan,
dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu
dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan
kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati
Islam sepenuhnya.
Jom
sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang
sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:
No comments:
Post a Comment