Apa kata selepas ini, kita
bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat
kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad
Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid
adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku
sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam
beramal?
6. Adakah kampung akhirat
menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada
ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu
memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan
dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam
menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal
kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap
memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk
menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf
dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat
memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang
pemaaf?
Andai jawapan kepada
persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri
lelaki soleh idaman wanita!
No comments:
Post a Comment